TMS 1986
Monday, January 13, 2014
Monday, August 15, 2011
Thursday, December 30, 2010
Catatan TMS sekarang
Tuesday, September 7, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Biarpun kita berduka meninggalkan Ramadan yang penuh berkat
Namun kita harus bergembira meraikan Syawal yang tiba
Di hari yang mulia ini
Marilah kita bemaaf-maafan
Semoga kita semua diberkati Allah
Berkunjunglah ke rumah rakan-rakan
Terutamanya yang dah berpuluh tahun tak bertemu
Semoga tali silaturahim kita kian kukuh
Friday, July 30, 2010
Zaini di Penang
Monday, July 19, 2010
Jemputan ke Mesyuarat Agung
Semua bekas pelajar TMS dijemput hadir ke ;
- MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BEKAS PELAJAR TMS
- Tarikh / Masa : 24 julai 2010, 2.00 petang
- Tempat: Kelab Golf Diraja Seri Menanti.
# Golf Amal diadakan pada sebelah pagi, dengan yuran RM 80.00 sahaja.( package). Berminat menyertai sila hubungi 013 3562004 ( murad )
Saturday, March 27, 2010
SELAMAT DATANG KENGKAWAN
Assalamualaikum,
Nampak eh akhir-akhir ni bertambah ramai kengkawan 1986 yang menjongok blog ni. Baguih la tu. Cumo nak ingatkan jagan la guno nama samaran. Payah kengkawan nak noko eh. Tulih yo namo yang biaso kengkawan panggil dulu, semu akan konal. Lopeh tu, hantar la gamabr dan sedikit berito terkini agar dapek dikongsi besamo. Kito ni nak bejumpo bukan sonang, memasing duk jejauh. Jadi alam maya ni la tompek kito cari kengkawan lamo. Jangan la kiro kelas Biru , Hijau , Jianggo atau putih. Samo yo kito sekarang ni,. Ingat ini BLOG TMS 1986. Jumpo laiiiii.
Wednesday, February 17, 2010
TRIP MEMANCING KE KENYIR
Berikutan masalah peserta yang menarik diri saat2 akhir ( permit kocik !!) trip ni tak dapek diteruskan. Next time kalau nak poi, bagitau awal2, siapkan permit bosar2. Den dah usohokan, tapii.. tak ramai nak poi. Next time jgn memising nak buek poi mano2. Jumpo lai.
Thursday, December 31, 2009
Sunday, December 13, 2009
Cikgu Kito Dulu...
Monday, September 28, 2009
Sunday, September 6, 2009
Saturday, June 13, 2009
SEKADAR BERKONGSI CERITA..
13 Jun lalu den mewakili TMS menghadiri satu majlis ,'reunion TMS old boys/girls, kek Rest House Pilah. Dah tontulah den raso janggal joint majlis ni sobab dio orang ni jauh lobih senior. rata-rata umur dah 53. Lagi pun masing-masing sibuk berborak dan golak bosar bilo jumpo kengkawan yang dah bepuluh tahun tak jumpo. Walaupun dah tuo, den tengok, perangai bebudak semuo keluar bilo jumpo geng lamo. Pendek kato, gembiro amek-amek semuo yang hadir tu.
, cikgu PJ kito maso form 1 dulu. Masih sihat dio. Sekarang duduk kek Gedung Lalang, Seremban. Ingat lai tak sapo yang kono lompang pasal memain waktu dio ajar lontar peluru dulu?. Dio pencen tahun 1982.
Den tengok grup ni organise majlis dio memang hebat. Ado sorang guru dio, omputih dari Washington, USA, datang untuk meraikan majlis ni. Mr Tom ni ngajar kek TMS tahun 63 - 65, atas program Peacecop British Volunteer. Bilo sembang dengan dio, agak eh dio kesian tengok English den berterabur, dio pun cakap melayu. Mak aii.., respek den ,dio masih handal cakap melayu yang dio belajar 30 tahun dulu. bahaso Melayu dio " lobih baik daripado Sammy Vellu". Botul poik.
Ramai lagi cikgu lamo2 dulu datang, tapi hampir semua kito tak ponah jumpo. Cikgu Ismail, pun ado datang. Ni la wajah cigu Ismail sekarang. Sihat walafiat.
Wednesday, April 1, 2009
ROHAYA HAMID
Assalamualaikum teman-teman. Gambar pertama tu, gambar sahabat selamanye. Kedua tu gambar aweks2 cun yang dah berpunye.hua...hua...hee..hee. Gambar ke 3, my loving family. Suami Suhaidi kerja kat DBKL. Anak2 , 3 puteri 1 putera. First Nur Izzah Syuhadah 11, Nur Liyana Zulaikha 10,Nur Athirah Zuhairah, 6,Muhammad Naqib 3.Alamat Lot 152,Kg Mahkota,Batu Caves.
Tuesday, March 3, 2009
Friday, February 20, 2009
MAYATI BT BULIN
Ni la saya dan family.Semuo eh sihat...fizikal je. Bertugas di SK pantai Seremban. Sampai pencen kot kat sini..
Rumah kat 181, Desa Dato Kelana Pantai.
Ado kelapangan datanglah rumah..kok ado nak terima menantu, anta lah kad.Insyaallah sampai.
Suami: Mohd abd Khalid bin Samsi - orang Johor- keje kat Nilai
Anak: sulung -Ahmad Fikri - 15 thn, kedua - Ahmad Furqan - 12 thn, ketiga - Nur Erin Nisa - 8 thn , keempat- Ahmad Fudail - 4 thn
Tuesday, February 17, 2009
Mencari Positif di Sebalik Negatif
- utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
- utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
- utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
- utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
- utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
- utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
- utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
- utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
- utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
- utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…
AND FINALL Y …….. for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you. "Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" Ingatan tulus ikhlas daripada MAYATI BULIN
Monday, February 16, 2009
WAN ISMARIZA ISMAIL

Ni ha potret keluargaku yg tak seberapa adanya utk tatapan kengkawan yg sekutu dgnnya. Anak sulung den: WAN AZZAN NURZIQRI (14thn)
Anak keduo den: WAN ISMA EZZAQRI (11thn)
Anak kocik den : WAN ZIQRI SHAH PUTRA (2thn)
(sumo eyh bin OTHMAN, confirmed! sumo eyh lelaki, den sorang yo pompuan.)

gambar quarters den pun ado, kalau2 kau nak menyewo smalam duo, den tak do hal! janji tak buek hal. ( laki den ni, baju melayu biru ehy tak sompek siap)
( welcome to the island) (ni lah quarters den kek pulau carey) babaiiiii.....
regards,
Wan Ismariza bt Ismail
Friday, February 13, 2009
Monday, February 2, 2009
Thursday, January 1, 2009
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KE- 40
1969 - 2009
Alhamdulillah, pojam colik dah ompek puluh dah kito. Amacam ? Apo raso eh. Sendiri mau ingatlah. Kok raso mudo, mudo la. Kok raso tuo, tuo la. yang pasti eh, raso matang la. Besuluh kek ceromin tu, belek la lelamo sikit rambut, kodut, dan porut tu.
Maso sekolah dulu, tontu ado kito berangan-angan , "kalau den dah 40 tahun sok.. ". Haa.. sekarang dah sampai dah. Sorang domi sorang nyambut besday sok ni. Den sambut bulan limo sok. Kesihatan nampak eh alhamdulillah, cam marin yo, cumo berlari jadi pengadil ragbi tu tak buleh la hobin cam dulu doh. Selero ok. Tak raso tuo amek doh. Cumo.. teraso tuo bilo tengok orang lain yang ateh2 tu dah ramai tak ado eh.
Yang kito panggil atuk dulu dah ke darek semuo eh. Yang kito panggil pakcik dulu dah uzur bonar. Yang kito panggil abang, dah mula nyusun cucu. Anak pulak dah mulo masuk sekolah menongah. tak ado lai sibuk ke tadik lai dah. Bilo ke surau, orang begasak nolak ke dopan yo, suruh jadi imam. Jadi... senarai semak tu dah longkap. Cumo hati yo la, nak kato tahap mani kito ni.
Kepada kengkawan yang tongah produktif tu, teruskan usaha menambah umat Muhammad saw. Jangan tambah Induk eh dah la. Kesian kek orang umah tu. Susah sonang biar bersamo. Slogan 'Life begin at 40" jangan ikutkan bonar. 'Begin' buek bondo baik cantik la. Kalau 'begin nak menggatal, nompah maut poik.
Tontu ramai antaro kito yang kali terakhir berjumpo maso ambik result SPM dulu. Mak oii lamo eh dah. 23 tahun dah. Kok beranak maso tu , dah bujang budak tu. Jadii.. elok la REUNION kito bulan Febuari ni kito datang reramai. jangan la kiro apo aktiviti nak dibuek kek situ. kok tak ado maso bonar pun, datang la kojap. Dapek kito bertontang mato, ambik gambar sekoping dua, tu pun dah baguih bonar dah tu. Tolong la sebarkan kek kengkawan lain. Kalau ramai sok meriah bonar la.
Kepada yang menyambut harijadi, den ucapkan selamat panjang umur, murah rezeki, sihat badan , meningkat iman dan dirahmati Allah seluruh keluarga. Den ampunkan doso semuo orang kek den, lopeh tu maap kan la doso den.
Sesiapo yang nak menulih dalam blog ni, silo hantar emel kek den, muradtms@yahoo.com , den akan 'invite' melalui emel, lopeh tu buleh la tulis apo yang kau suko. takat ni cumu Irwan Sareman sorang yo yang dah cubo. Sekian , jumpo lai.
Murad
Wednesday, September 17, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
SALAM DIHULUR
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Balik berRAYO kek kampung, poi la ke rumah kengkawan. Jangan la memorap kek umah yo.Tak payah tunggu kono ajak doh. Ni hari Rayo. Ni la maso eh kito nak jumpo kengkawan lamo. Telefon dulu okey jugak. Malam nak rayo tu, turun nge'teh' kek Pilah pun okey yo. Call la sapo-sapo yang free. Apa pun Rayo no banyakkanlah ibadah , jangan membazir, banyak-banyak mohon maaf dan maafkan la orang lain. Satu lai, Rayo no kempen la kek kengkawan yang lain suruh joint bLOG kiti ni. Biar tambah meriah. Assalamualaikum.
Friday, August 15, 2008
Di Jemput Menulis Di Dalam Blog Ini .
Assalamualaikum semuo. Sekarang blog kito ni akan dibuka lebih luas lai. Kengkawan semuo dijemput untuk menulis , hantar berito, komen dan apo sajo untuk kito kongsi bersamo. Tapi yang ponting etika mesti dipatuhi. Sendiri mau ingat la poik !. Jangan la isi bondo tak senonoh dalam ni nanti. Cerito politik pun kito cubo elakkan. Kalau ado yang beramuk dalam blog, mako terpakso la den 'kick out'.
Jadi sesiapo yang berminat untuk menulis terus dalam blog ni tanpa perlu melalui den boleh la hantar hasrat tu dan alamat email. Den akan 'invite' orang tu menerusi alamat email dio. Dari email yang dihantar tu, klik yo invitation kek email tu. Kau akan dibawak ke laman blogspot. Tapi.. mesti ado akaun blogspot dulu, baru oleh masuk jadi writer. Buek yo la akaun blogspot kek situ.
Jadi , bilo dah ado lesen untuk menulis terus nanti, teroka la sendiri camano cara nak operate blog ni. Ingat... etika kono jago. Sendiri mau ingat la. Dah bosar dah. Tak yah den ajar doh. Cumo.. kalau buek hal sok den kick out la. Jadi kito kongsi la macam-macam dalam blog ni.
Ok , den harap ramai yang akan menulis dalam blog ni nanti. Tak payah la den upload kan lagi bahan-bahan yang korang hantar. Satu lai... mano member-member lain ni? BAwak la ramai lai masuk.
Salam rindu untuk semuo. Selamat jadi blogger.
Friday, May 9, 2008

Shahpudin Abu Samah. Isteri : Zamnah Md Sood. Anak : Amiruddeen -11 ,Aminuddeen - 11, Azamuddeenn -8, Izzuddeen -5, Isyrafuddeen -3. Alamat : No 31, Jalan Kelisa 7, Taman Desa Kelisa, 44300 Hulu Yam Bharu, Selangor, Malaysia. Kerja : Quantity Surveyor (Samo Ngan Bakek). Alamat Skrg: No 5, Blok 17, Salahaddeen Apartment, Sharqiya Road, Tripoli, Libya. No Tel : +218 913540334
Semoga blog ni semakin aktif....seronok gak berkumpul dialam maya
Wednesday, May 7, 2008

Tuesday, March 4, 2008

Wednesday, February 27, 2008

Thursday, February 14, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)